Ahad, 29 Mac 2009
UMNO: Sambutan Hambar dari Bukit Gantang
Hasil daripada tinjauan secara langsung menunjukkan bahawa sambutan rakyat perak terhadap UMNO masih tidak memberangsangkan walau pun UMNO telah selesai merapatkan safnya dalam persidangan agungnya yang selesai semalam. Jika diteliti daripada kehadiran penyokong di kedua-dua belah pihak sekali lagi UMNO akan kecundang di Parlimen tersebut. Peralihan kuasa Presiden UMNO daripada Pak Lah kepada Dato Najib menambahkan lagi kemarahan rakyat Perak terhadap tindakan gelojoh Najib dan tidak mestahil kemaran ini akan diterjemahkan dalam peti undi pada 7 april nanti. UMNO (ahli) perlu berubah sikap daripada bergerak secara "betina" dan tipu daya dengan tindakan ikhlas tanpa memilih bulu. Ia sesuai sepertimana pendapat yang disuarakan oleh perwakilan UMNO agar menjalankan usaha menarik ahli baru umpama memujuk seorang gadis yang baru dikenali.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan